Sejarah

SEJARAH PEMBUKAAN KEM TERENDAK

SMK Kem Terendak terletak di dalam kawasan tentera iaitu Kem Terendak di Sungai Udang, Melaka. Nama asal kem ini ialah Fort George. Ia telah dirasmikan oleh Jeneral Sir Francis Fesling, Komander Angkatan Tentera Timur Jauh pada 17 Jun 1958. Dalam satu pertemuan Perdana Menteri Pertama Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Al-haj dengan MV Duncan Sandy, nama kem ini telah ditukar kepada Kem Terendaj bersempena dengan nama bukit yang terdapat di kawasan tersebut.

Kem Terendak telah dibina pada tahun 1957 oleh Kerajaan Komanwel untuk Unit Ketenteraan Briged ke-28 Komanwel dan Unit Penyelidikan Strategik (SEATO). Briged Komanwel terdiri dari satu batalion tentera British, satu batalion tentera Australia, satu batalion Askar Melayu (Malaysia), satu kompeni tentera New Zealand dan beberapa unit bantuan tentera Malaysia.

Mereka berada di Malaysia selama 12 tahun iaitu sehingga pada tahun 1969. Tujuan penempatan mereka ialah untuk membantu menjaga keamanan Malaysia daripad ancaman pihak komunis sebaik sahaja Malaysia merdeka pada tahun 1957. Mereka telah membawa bersama keluarga masing-masing ke dalam kem ini. Anak-anak mereka juga telah mendapat pendidikan di sini.

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1963, pihak Komanwel telah mendirikan sebuah sekolah di dalam kem ini yang dinamakan SLIM SCHOOL. Ia digunakan untuk pendidikan anak-anak tentera Briged Komanwel dan ditadbirkan oleh kerajaan Komanwel. Perasmian sekolah telah dilakukan oleh Brigedier Jeneral T.D.H. MC Meekin O.B.E pada 10 Februari 1965.

 

Pada tahun 1972, SLIM SCHOOL telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan dinamakan SMK Kem Terendak. Oleh kerana ia terletak di dalam kem tentera, ia telah ditadbirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Inilah yang membezakan SMK Kem Terendak dengan sekolah-sekolah lain di negara ini dan menjadikan ia sangat unik. Contohnya, asrama Puteri ditadbirkan oleh Kementerian Pelajaran manakala asrama Putera pula ditadbir oleh Kementerian Pertahanan. Setiap tahun juga, beberapa infrastruktur telah dibiayai oleh kedua-dua kementerian ini.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s