Latar Belakang

Dari segi geopolitik, kem dan sekolah ini terletak di dalam Mukim Sungai Udang, Dewan Undangan Sungai Udang dan parlimen Tangga Batu. Jaraknya ke Sungai Udang ialah 4km, ke bandar Masjid Tanah 15km dan ke bandar Melaka pula ialah 25km. Lokasinya pula berhampiran dengan pantai yang indah dan berdekatan pula dengan beberapa pantai pelancongan yang terkenal seperti Pantai Tanjung Bidara dan Pantai Padang Kemunting.

Keunikan sekolah ini ialah pelajar-pelajarnye berbilang kaum dan mewakili penduduk seluruh negara. Konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh YAB Perdana Menteri sebenarnya telah lama wujud di SMK Kem Terendak. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum dan suku kaum Sabah-Sarawak seperti Iban, Kedayan, Kadazan dan Dusun.

Sekolah ini mempunyai 2buah asrama iaitu Asrama Puteri dan Asrama Putera. Setiap satu asrama boleh menempatkan 100 penghuni. Kebanyakan penghuni asrama terdiri daripada anak-anak anggota tentera dan anak bekas tentera yang berkhidmat di luar negeri Melaka.

Rekabentuk sekolah ini memang berbeza dengan sekolah-sekolah lain. Ini mungkin disebabkan pembinaannya dibuat berdasarkan keperluan anak-anak tentera Komanwel (orang Inggeris). Setiap kelas bersaid sederhana yang hanya boleh memuatkan 25-30 murid sahaja. Semua kelas, pejabat dan dewannya dilengkapi dengan penghawai dingin berpusat. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini, dewan sekolah telah digunapakai sebagai panggung wayang.

Namun, setelah diambilalih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, beberapa perubahan telah dibuat. Kelas-kelas telah diubahsuai supaya dapat menampung sehingga 40 murid. Kemudahan penghawa dingin terpaksa dihentikan kerana kos elektrik dan penyelenggaraan yang tinggi. Bangunan tambahan dan bangunan baru juga telah didirikan bagi menampung bilangan murid tempatan yang semakin meningkat. Ia bukan sahaja menampung murid di kalangan anak tentera tetapi juga menampung pelajar awam dari sekitar kem ini.

Semenjak penubuhan sekolah ini, seramai 14 orang pengetua telah mentadbir sekolah. Berikut adalah pengetua-pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini:

Bil

Pengetua

Tempoh

1.

Tn. Hj. Mohd. Junid bin Mohd. Ali Januari 1972 – Disember 1979

2.

En. Yap Choon Wah Januari 1980 – April 1986

3.

En. Othman bin Rejab April 1986 – Disember 1988

4.

En. Mahinder Singh Januari 1989 – November 1991

5.

En. Baharom bin Mansor November 1991 – November 1995

6.

En. Ali bin Hj. Amat November 1995 – Januari 1998

7.

En. A. Hamid bin Abdul Januari 1998 – April 1998

8.

Tn. Hj. Baharom bin Mansor Mei 1998 – Disember 2001

9.

Pn. Hjh. Hapsah binti Ismail Disember 1999 – Julai 2004

10.

Tn. Hj. Nasruddin bin Ahmad Julai 2004 – Ogos 2005

11.

En. Othman bin Sagap Januari 2006 – Mei 2008

12.

Tn. Hj. Shaari bin Husain Jun 2008 – Mac 2009

13.

Pn. Hjh. Salamah binti Hashim Mac 2009 – Januari 2011

14.

Tn. Hj. Mohd. Ghazali bin Ahmad Januri 2011 – kini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s